PERSEMBAHAN UNIT TAEKWANDO DI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Tahniah kepada BOO HOON XIANG yang telah memenangi anugerah platinum kerana pencapaian di peringkat antarabangsa.




MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2014

Tarikh             :  27 September 2014
Hari                 :  Sabtu
Masa              :  7.30 pagi – 10.25 pagi
Perasmi         :  Encik Anuar bin Idris (YDP PIBG SMK TAMAN JASMIN 2)


1.0          Pengenalan

Majlis Anugerah Kokurikulum merupakan salah satu program tahunan anjuran Unit Kokurikulum sekolah ini bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar yang berjaya dalam pertandingan, memegang jawatan dalam kegiatan kokurikulum dan terlibat secara aktif dalam kegiatan ini akan diberikan sijil atas penglibatan mereka

2.0          Matlamat

Menerusi majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diharap dapat merangsang kecemerlangan pelajar SMK Taman Jasmin 2 dalam aktiviti kokurikulum, serta dapat  meningkatkan pencapaian unit-unit iaitu Kelab & Persatuan, Unit Beruniforn serta Sukan dan Permainan seterusnya meningkatkan markah pencapaian kokurikulum secara menyeluruh sama ada di peringkat sekolah , daerah, negeri mahupun antarabangsa.

3.0          Objektif
3.1       Mengiktiraf pencapaian pelajar dalam unit-unit kokurikulum.       
3.2       Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam unit-unit Kokurikulum.
3.3       Mengiktiraf unit-unit yang menjalankan aktiviti secara aktif.
            3.4       Memberi penghargaan kepada guru-guru yang bergiat aktif sama        ada pada peringkat sekolah , daerah, negeri dan peringkat    kebangsaan.
3.5              Memberi motivasi kepada pelajar lain agar turut bergiat secara aktif bagi mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum.

4.0        Kategori Anugerah
            4.1       Anugerah khas (sekiranya perlu)
4.2      Anugerah Tokoh Kokurikulum 2014 - (1)
4.3      Anugerah  Kokurikulum Harapan 2014 - (1)
4.4       Anugerah Tokoh Sukan   2014 - (1)
4.5       Anugerah Sukan Harapan 2014 - (1)
4.6       Anugerah Guru Aktif Kokurikulum 2014 –(KEPER-3, UBER-3 , SUPER-3)
4.7       Anugerah KEPER Terbaik 2014 -  (sesi pagi -3, sesi petang -3)
4.8       Anugerah UBER 2014 - (sesi pagi-3, sesi ptg -3)
4.9       Anugerah SUPER Terbaik 2014 - (sesi pagi -3, sesi ptg -3)
4.10    Anugerah BLAK Terbaik KEPER 2014 – (sesi pagi -3, sesi ptg-3)
4.11    Anugerah BLAK Terbaik  UBER 2014 – (sesi pagi -3, sesi ptg-3)
4.12    Anugerah BLAK Terbaik SUPER 2014 – (sesi pagi -3, sesi ptg-3)
4.13    Anugerah Papan Kenyataan KEPER - (sesi pagi -3, sesi ptg-3)
4.14    Anugerah Papan Kenyataan UBER - (sesi pagi -3, sesi ptg-3)
4.15    Anugerah Papan Kenyataan SUPER - (sesi pagi -3, sesi ptg-3)
4.16     Anugerah Pengerusi  terbaik KEPER – (sesi pagi – 1, sesi ptg-1)
4.17     Anugerah Pengerusi  terbaik UBER– (sesi pagi – 1, sesi ptg-1)
4.18     Anugerah Pengerusi  terbaik SUPER – (sesi pagi – 1, sesi ptg-1)
4.19     Anugerah Setiausaha terbaik KEPER – (sesi pagi – 1, sesi ptg1)
4.20    Anugerah Setiausaha terbaik UBER – (sesi pagi – 1, sesi ptg-1)
4.21    Anugerah Setiausaha terbaik SUPER – (sesi pagi – 1, sesi ptg-1)
4.22     Anugerah Pin Platinum , Emas, Perak & Gangsa Individu
4.23     Anugerah Pin Platinum , Emas, Perak & Gangsa Kumpulan
4.24     Anugerah Pencapaian Tertinggi Individu / Kumpulan
4.25     Kenaikan Pangkat / Pentauliahan





KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2014

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA GURU DAN ATLET YANG TELAH MENJAYAKAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH PADA KALI INI.











SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN PENUTUP BULAN KEMANUSIAAN

12 SEPTEMBER 2014
7.30 PG
DATARAN SMK TAMAN JASMIN 2

ANJURAN :BIDANG KEMANUSIAAN SMK TAMAN JASMIN 2

AKTIVITI BULAN KEMANUSIAAN

PANITIA AKTIVITI /PERTANDINGAN
PENDIDIKAN SIVIK Peta I-Think
Membuat Wau
PJK Permainan Tradisional
GEOGRAFI Kuiz
Lakaran Peta Malaysia
Peta I-Think
PENDIDIKAN ISLAM Hafazan
Kembara ilmu
Pertandingan Azan
SEJARAH Basikal Berhias
Peta I-Think
PENDIDIKAN MORAL Buku skrap
Kad Ucapan
Peta I-Think
PSV Individu 
Berkumpulan


Gambar Sekitar Majlis Sambutan







SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH

DATARAN SMK TAMAN JASMIN 2, JUMAAT, 29  Ogos 2014 — Kedatangan Ambang Merdeka di sekolah pada tahun ini disambut secara sederhana susulan tragedi pesawat MH370 dan MH17, namun semangat patriotik warga sekolah tetap menyerlah. Pihak sekolah telah mengadakan program bacaan yassin dan tazkirah serta sedikit perarakan basikal berhias.

SEKITAR BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH SEMPENA MERDEKA







PERARAKAN BASIKAL BERHIAS