PROGRAM RAMADHAN MEMBINA JATIDIRI

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Jasmin 2 telah mengadakan Program Ramadhan Membina Jatidiri yang dijalankan dalam tempoh sebulan ini.

Antara pengisian program ini untuk sepanjang bulan ialah :
  • Ihya Ramadhan dan Pelancaran Bulan Pendidikan Islam
  • Bicara Hati Ramadhan
  • Majlis Iftar Jama'ie
  • Tadarus Al-Quran
  • Semanis Kurma
  • Halaqah Ilmu
Gambar Ihya Ramadhan dan Pelancaran Bulan Pendidikan Islam







Gambar Semasa Program Bicara Hati Ramadhan (11-12 Julai 2014). Program kerjasama dengan Nadi Ilmu Training and Management.




Gambar Tadarus Al-Quran (Sepanjang Ramadhan)








LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 5

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 5

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Disampaikan oleh :
Pn Nor Hadzlin binti Mohamad Nor
Sabtu
12  Julai  2014

ALHAMDULILLAH
SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada semua ibubapa pelajar Tingkatan Tiga yang telah hadir untuk mendengar taklimat PT3  yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Unit Peperiksaan PPD Hulu Langat. Diharap program ini akan dapat memberi gambaran dan pengetahuan kepada semua ibubapa mengenai dasar pendidikan yang baru ini.

Antara kandungan PT3
PENTAKSIRAN PUSAT : PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
PT3 menggantikan PMR. Bermakna  bahawa tiada peperiksaan berpusat di tingkatan 3 mulai tahun 2014. Pihak sekolah akan mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara yang disediakan oleh pihak LP. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi dan verfikasi adalah proses untuk mempastikan kesahan dan ketekalan pemberian skor antara pemeriksa.

Para Ibu Bapa dan Guru mendengar taklimat daripada penceramah

PENAMBAHBAIKAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS direkabentuk selaras dengan dasar  pentaksiran  pendidikan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi diri sebagai modal insan. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intel- ektual (JERI).

Antara wakil Ibu Bapa yang hadir dan bertanya soalan




PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pelancaran Minggu Pusat Sumber 2014 telah dijalankan di Tapak Perhimpunan SMKTJ2 pada 7 hb Julai 2014. Tema pada tahun ini ialah "Pemikiran Kritis Penjana Generasi Cemerlang". Pelancaran telah dirasmikan oleh Pengetua Pn Ariyati binti Kandak.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran buku, pameran matapelajaran, pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Teka Silang Kata, Pertandingan Melukis Kulit Novel dan banyak lagi.

SEMUA PELAJAR dijemput hadir ke Pusat Sumber Sekolah dan jangan lupa untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu PSS iaitu 7hb hingga 11hb Julai 2014.

Gambar semasa pelancaran


Gambar pameran buku

Lawatan Pentadbir sempena Minggu PSS

JOHAN PERTANDINGAN KUIZ KESELAMATAN JALAN RAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014


Pada 8 Julai 2014 yang lalu, sekolah telah menghantar wakil ke Pertandingan Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan 2014 di Dewan Sri Siantan 2, Perbadanan Putrajaya. Pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat pertama. Tahniah diucapkan semoga kejayaan sentiasa bersama kita.
Senarai peserta :
  1. Ainin Syakirah binti Abdul Rahim
  2. Elyana Aryssa binti Ibrahim Chia
  3. Nik Mohamad Naqiuddin bin Nek Rahimi
  4. Nuraihan Najiha binti Mohamad Khairuddin
  5. Zil Mardhiah binti Mohd Abdul Malek 



 


PELANCARAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

HARI    KOPERASI
SEKOLAH

25 JUN 2014

  
TEMA : “KOPERASI : PENYUMBANG  BERKESAN KEPADA   PEMBANGUNAN NEGARA”

DIRASMIKAN OLEH :  TAN SRI DATO’ HJ ALIMUDDIN BIN MOHD. DOM




PENGENALAN

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketujuh HKS disambut di peringkat sekolah ini dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan.

MATLAMAT
Sambutan HKS bertujuan untuk memberitahu warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik pelajar supaya menjadi jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

OBJEKTIF
o    Menyemai nilai-nilai murni koperasi di kalangan anggota.

o    Memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar sekolah.

o    Menjadikan koperasi sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah.

o    Mendedahkan pelajar dengan ciri-ciri usahawan seperti kreatif dan inovatif.

TAN SRI DATO’ HJ ALIMUDDIN BIN MOHD. DOM membuat semakan perbarisan