PROGRAM PEMANTAPAN MINDA PELAJAR CEMERLANG-META COACHING


TARIKH : 21 JUN 2014
MASA : 7.15 PAGI - 6.45 PTG
TEMPAT : FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, UKM


Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan minda serta membentuk sahsiah pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 Kelas Rancangan Khas (KRK) dan juga kelas KAA.

Objektif :

1. Membentuk generasi syumul dalam pencapaian holistik dari segi intelektual, emosi, rohani , dan jasmani
2. Membantu pelajar-pelajar baru bersedia dari aspek fizikal, mental dan emosi yang membina di alam sekolah menengah
3. Meningkatkan nilai diri dan prestasi diri untuk terus cemerlang
4.Mengupayakan pelajar untuk membuat keputusan bersandarkan kepada minda yang cemerlang.






PROGRAM BICARA PRESTASI AKADEMIK 2014


SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!!


PROGRAM BICARA PRESTASI  AKADEMIK  2014
Tarikh                    :              4  Julai    2014
Hari                       :             Jumaat
Masa                     :              10.00 pagi - 12.30 tengahari (sesi pagi)
                                             02.30 ptg - 05.00 ptg ( sesi petang)
Tempat                  :              Bilik darjah



Program  Bicara Prestasi Akademik merupakan  program tahunan yang bertujuan untuk mengadakan  perbincangan dua  hala  antara  guru-guru dengan ibu bapa /penjaga pelajar. Melalui program ini guru-guru dan ibu bapa / penjaga dapat mencari kaedah terbaik membantu  pelajar mencapai  kecemerlangan  akademik  dan seterusnya meningkatkan prestasi  sekolah.

  TENTATIF PROGRAM
   
       Sesi pagi

07.30 – 09.10 pagi              : Pembelajaran dan Pengajaran guru seperti biasa
10.00 - 12.30 tgh                : Perbincangan guru dengan ibubapa/ penjaga
10.30 pagi                          : Taklimat PT3 untuk ibubapa/pelajar tingkatan 3

 Sesi petang

02.30 - 05.00 ptg               : Perbincangan guru dengan ibubapa
05.00 - 05.30 ptg               : Pembelajaran dan Pengajaran guru seperti biasa

KEM PEMANTAPAN MINDA


Kem Pemantapan Minda ini telah dijalankan pada 28 Mei 2014 - 30 Mei 2014.(Rabu-Khamis). Kelas . yang terlibat adalah pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran belajar kepada murid-murid ini supaya sentiasa bersemangat untuk menempuh alam peperiksaan dan pembelajaran.