KEM PEMANTAPAN MINDA T3 DAN T5 (CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA)

Kem  Pemantapan minda  adalah  merupakan aktiviti yang dijalankan setiap tahun pada  cuti pertengahan semester dan  pertengahan tahun. Program ini  dapat membantu pelajar  mendapatkan bimbingan   semasa cuti sekolah  terutamanya  yang kurang mampu untuk  mengisi waktu cuti dengan aktiviti pembelajaran  yang berguna kepada pelajar sederhana dan  lemah. 

Antara  aktiviti yang dijalankan dalam  program ini seperti   teknik menjawab soalan  dan juga kelas bimbingan . Program ini  diharapkan dapat membantu meningkatkan  prestasi   pelajar dalam peperiksaan PBSMR dan SPM   nanti. 



UNIT KURIKULUM mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yag hadir. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang hadir memberi khidmat bakti
24-26 MAC 2014






LAWATAN PEGAWAI SIPartners DAN EN AZHAR (PPDHL)

Apa itu SISC dan SIP? 

Program SISC ataupun juga dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak awal tahun 2011. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".

Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah. 

Program ini telah diadakan secara berperingkat, dengan 2 negeri perintis telah dimulakan di Kedah dan Sabah pada tahun 2011. Atas keberkesanan program SISC yang telah dijalankan, maka jawatan SISC+ akan diwujudkan mulai tahun 2013, dengan pelaksanaan  nya adalah merangkumi seluruh negara.

Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akanmemantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.

Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah utk membimbing guru dlm aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.


Pegawai SIP dan pegawai ppdhl (En Azhar) berbincang dengan tujuan untuk membimbing pentadbir dalam pengurusan sekolah pada 21 Mac 2014(8.30 am-11.30am)

INFO TERKINI UNIT PEPERIKSAAN (21.3.2014)

INFO TERKINI UNIT PEPERIKSAAN

1.  TARIKH AKHIR MEMASUKKAN MARKAH KE DALAM SISTEM SAPS PADA 28.3.2014

2.  GURU-GURU DIKEHENDAKI MENYIAPKAN BORANG POST MORTEM HC3-PM1 DAN HANTAR KEPADA KETUA PANITIA PADA 31.3.2014

3.  KEHADIRAN PELAJAR DIKIRA SEHINGGA HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 21.3.2014

4.  KETUA PANITIA SUDAH BOLEH MENETAPKAN TARGET ETR UNTUK SPM 2014, DAN MEMAKLUMKAN KEPADA GURU-GURU MASING-MASING UNTUK PENAMBAHAN MARKAH TOV

5.  MESYUARAT POST MORTEM AKAN DIJALANKAN PADA  3.4. 2014

6.  KETUA PANITIA BOLEH MENETAPKAN TARIKH PENGHANTARAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN  PERTENGAHAN TAHUN UNTUK DISEMAK MENGIKUT KESESUAIAN MASING-MASING TETAPI TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KERTAS  SETELAH SIAP DISEMAKOLEH KP DAN DISAHKAN OLEH GKMP IALAH PADA 21.4.2014


SEKIAN TERIMA KASIH.

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN SLIP SPM 2013

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM SMK Taman Jasmin 2, 2013 diatas pencapaian yang diperoleh. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda semua.



MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN 2013

TARIKH       : 20 MAC 2014
MASA          : 11.30 PG
PAKAIAN   :  BAJU BERLENGAN DAN SELUAR PANJANG
                        BERSOPAN


TENTATIF MAJLIS:

1.Calon 2013 berkumpul mengikut kelas
2. Ucapan pengetua
3.Penyerahan SLIP kepada cemerlang (6A dan ke atas) oleh YDP PIBG dan Pengetua
4. Sesi pengambaran calon cemerlang bersama pentadbir & YDP PIBG

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD HULU LANGAT -ZON SEMENYIH (05.03.2014)

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SMK Taman Jasmin 2 yang telah mara ke pentas akhir buat kali kelima berturut-turut. Walau bagaimanapun pasukan berjaya mendapat Naib Johan di Kej.Bola Sepak MSSD HL 2014 (Zon Semenyih) . Tahniah dan syabas diucapkan, semoga anda akan berusaha bersungguh-sungguh pada kejohanan yang akan datang.