PROGRAM SIMULASI HAJI

·         Tarikh              :  21 Februari 2014
·         Masa               :  8.00 pagi – 12.00 tgh
·         Tempat            : Dataran perhimpunan SMKTJ2

·         Penglibatan     : Semua pelajar tingkatan 4

PENGENALAN

Haji dan Umrah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan bagisetiap umat Islam yang berkemampuan. Mempelajarinya merupakan fardhu ain bagi setiap pelajar Islam. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah bagi memberi motivasi menunaikan haji dan umrah kepada semua pelajar. Ia juga bagi melengkapkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat.

Objektif program ini ialah:

1.    Menambahkan pengetahuan tentang rukun Islam yang kelima.
2.    Melengkapkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat.

3.    Meningkatkan motivasi untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.











KEJOHANAN ROAD RUN 2014

HARI         : SABTU
MASA       : 08.00 PAGI - 12.00 TGHR
PERASMI  : EN ANNUAR BIN IDRIS

Masa                                       Aktiviti
07.30 pg                      :           Perhimpunan Mengikut Tingkatan
                                    :           Kedatangan diambil
    
08.00 pg                      :           Peserta Berhimpun Mengikut Kategori
                                    :           Pegawai Kejohanan mengambil tempat
                                                masing-masing mengikut bidang tugas

08.10 pg                      :           Acara Memanaskan Badan
08.30 pg                      :           Bacaan Doa

08.45 pg                      :           Para Peserta Mengambil Tempat
                                                Di Garisan Permulaan

09.00 pg                      :           Kejohanan Bermula – Pelepasan Peserta
                                                Mengikut Kategori

09.00 pg                      :           Perempuan Kelas 3  /  Lelaki Kelas 3
09.10   pg                   :           Ibubapa dan Bekas Pelajar (ALUMNI SMK TJ2)
09.20 pg                      :           Perempuan Kelas 2  /  Lelaki Kelas 2
09.30 pg                      :           Perempuan Kelas 1  /  Lelaki Kelas 1
10.20 pg                      :           Larian Tamat

10.20 - 11.10 pg         :           REHAT

11.15 pg                      :           Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah

12.00 tgh                    :           Bersurai










MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SESI PETANG

17.2.2014 Majlis Perasmian Program Sekolah Penyayang 

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ianya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana para generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. 







PELANCARAN MINGGU BAHASA, I-THINK DAN NILAM

Sekitar pelancaran Minggu Bahasa, I think dan Nilam













SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2014

Sekitar Sambutan Tahun Cina 2014 peringkat sekolah SMK Taman Jasmin 2

SEDIKIT INFO!!!
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Pada tahun ini dinamakan Tahun Kuda.






Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.