Majlis watikah pelantikan pemimpin pelajar SMKTJ2 2014
Penyerahan Watikah kepada QM, Koperator, pengawas Al-Falah, Ketua & penolong tingkatan, PRS, PSS dan pengawas sekolah bagi tahun 2014.
PROGRAM SEMARAK CINTA RASUL
PROGRAM SEMARAK CINTA RASUL 24 JAN 2014
Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ?
Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ?
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Perkara Khilafiyyah, Soal Jawab Untuk Faham
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Perkara Khilafiyyah, Soal Jawab Untuk Faham
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini :
1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :
فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)
Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al A’raf 157)
(Surah al A’raf 157)
MAKLUMAN CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA DAN SEKOLAH GANTI 2014
Merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan sempena Tahun Baru Cina pada 31. 1.2014 dan 1.2.2014, sekolah akan
bercuti mulai 30.01.2014 (Khamis) hingga 04.02.2014 (Selasa).
3. Sekolah
ganti sempena Tahun Baru Cina akan diadakan pada :
3.1
Pada 25.01.2014 (Sabtu) menggunakan jadual hari Isnin.
Sesi pagi : 07.20 pagi – 01.05 tgh
Sesi petang : 01.05 tgh – 06.45 ptg
3.2 Pada 15.02.2014 (Sabtu)
menggunakan jadual hari Selasa.
Sesi pagi : 07.20 pagi – 01.05 tgh
Sesi petang : 01.05 tgh – 06.45 ptg
MAJLIS AKUJANJI PELAJAR TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5
Majlis ini diadakan untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini. Pelajar membaca ikrar untuk berjanji akan berusaha dengan sepenuh tenaga untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan untuk PMR dan SPM supaya dapat membantu mereka meningkatkan kualiti hidup.
TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2014
TAKWIM PEPERIKSAAN 2014
|
PENDAFTRAN UNIT-UNIT KOKURIKULUM
Sekitar sesi pendaftaran unit kokurikulum pelajar-pelajar SMK Taman Jasmin 2 yang telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar dan pihak sekolah mengharapkan anda semua dapat memberi kerjasama.
SALAM MAULIDUR RASUL
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.
MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
SEKITAR ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4
Orientasi pelajar tingkatan 4 telah diadakan bagi memperkenalkan aliran yang ada di tawarkan pihak sekolah untuk membantu mencapai cita-cita mereka. Program ini telah dijalankan oleh pihak kaunselor sekolah. Semoga program ini membantu pelajar ke arah kerjaya yang diminati.